Bismillahirrahmanirrahim-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan daripada pasukan-pasukan berkuda yang lengkap bersedia (surah al-Anfal ayat 60)
PENGASAS GAYUNG GHAIB YANG TERTUA DATOK MAHAGURU IBRAHIM MAT ZIN BERASAL DARI PASIR SALAK KETURUNAN DATO' MAHARAJALELA

Isnin, 29 April 2013

MAJLIS PENAMAT SILAT DI BEHRANG STESEN 27 APRIL 2013

Salam pendekar, semakin rancak aktiviti yang dilakukan oleh PSSGGSM dan semoga dengan aktiviti yang dianjurkan ini dapat menggalakkan remaja serta belia melakukan perkara yang sihat. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YM Datuk Seri Panglima Mahaguru Ibrahim Mat Zin. Kehadiran terdiri daripada ahli Selendang Merah pelbagai negeri dan pesilat-pesilat PSSGGSM. Bermacam ujian dijalankan setelah mendapat restu daripada YM Datuk Seri Panglima Mahaguru.

Ahad, 28 April 2013

PERUBATAN TRADISIONAL YM DATUK SERI PANGLIMA MAHAGURU IBRAHIM MAT ZIN BERSAMA DENGAN CICITNYA YM DATOK MAHAGURU MUDA SERANTAU MALAYSIA MOHD AZMIR

Salam pendekar, bersyukur kepada Allah kerana YM Datuk Seri Panglima Mahaguru Ibrahim Mat Zin selaku Mahaguru Yang Tertua Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia serta Presiden Bomoh atau Raja Bomoh cuba merawat pesakit yang mengalami penyakit yang misteri. Bersama dengan YM Datuk Seri Panglima Mahaguru ialah cicit beliau iaitu YM Datok Mahaguru Muda Serantau Malaysia Mohd Azmir serta anak murid beliau sedang belajar dan membantu YM Datuk Seri Panglima Mahaguru melakukan rawatan. Kepada sesiapa yang mengalami penyakit yang susah diubati dan misteri boleh berhubung dengan YM Datok Mahaguru Muda Serantau Malaysia Mohd Azmir 012-4691580 bagi urusan perubatan.


Jumaat, 12 April 2013

MAJLIS SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN BAGI YM DATUK MAHAGURU IBRAHIM MAT ZIN 16 MAC , TOK MAHAGURU MUDA SERANTAU MALAYSIA MOHD AZMIR 12 APRIL BERSAMAAN DENGAN EN ABDUL (PAK UNGKU) TIMBALAN PRESIDEN FISABILILLAH SELENDANG MERAH

Salam pendekar, syukur kepada Allah s.w.t di mana tiga tokoh serta pemimpin hebat ini menyambut ulang tahun di satu majlis yang penuh meriah. Tokoh tersebut ialah YM Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, Tok Mahaguru Muda Serantau Malaysia Mohd Azmir dan Pak Ungku atau dikenali sebagai En. Abdul Timbalan Presiden Fisabillilah Selendang Merah. Terima kasih diucapkan kepada ahli Selendang Merah yang sudi datang dan menyediakan kek bagi meriahkan lagi majlis tersebut. YM Datuk Mahaguru turun padang ke Felda Sg. Behrang bagi merapatkan ukhwah antara ahli-ahli pesilat Silat Gayung Ghaib di sini. Mereka berasa berbangga kerana YM Datuk Mahaguru sanggup sudi datang dan mencurahkan gerak langkah silat yang di mana adalah ilmu asal atau langkah Ibu Gayung. Kami PSSGGSM berasa bangga kerana dapat merasai sendiri dan belajar terus daripada seorang tokoh Mahaguru Silat yang terkenal di persada seni persilatan di Malaysia dan seluruh dunia. Semoga dengan limpah rahmat Allah s.w.t mudahan ukhwah yang terjalin ini dapat melahirkan kepimpinan peersilatan yang disegani oleh pesilat-pesilat lain dan menjadi contoh bagi meningkatkan pengurusan persilatan perguruan masing-masing.