DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG, DAN SEDIAKANLAH UNTUK MENENTANG MEREKA (MUSUH YANG MENCEROBOH) SEGALA JENIS KEKUATAN YANG DAPAT KAMU SEDIAKAN DAN DARIPADA PASUKAN-PASUKAN BERKUDA YANG LENGKAP BERSEDIA (surah al-Anfal ayat 60)
SEJARAH PERTUBUHAN SENI SILAT GAYUNG GHAIB SERANTAU MALAYSIA TELAH DIASASKAN OLEH YM DATOK MAHAGURU MUDA SERANTAU MALASIA AYAHANDA MOHD AZMIR BIN HJ MOHD KHALID KETURUNAN DARIPADA DATO' SAGOR PEMBESAR PERAK BERSAMA DATO' MAHARAJALELA MENENTANG PENJAJAH INGGERIS J.W.W BIRCH DI PASIR SALAK PERAK. BELIAU TELAH DILANTIK SEBAGAI MAHAGURU KEDUA DAN AYAHANDA SELURUH ALAM GAYUNG GHAIB IAITU SENI SILAT GAYUNG GHAIB MALAYSIA DAN FISABILILLAH SELENDANG MERAH OLEH YM DATO' SERI PADUKA ANJUNG SERI IBRAHIM MAT ZAIN KETURUNAN DATO' MAHARAJALELA YANG MERUPAKAN PENGASAS GURU YANG TERTUA SENI SILAT GAYUNG GHAIB MALAYSIA DAN FISABILILLAH SELENDANG MERAH. SEBELUM ITU MAHAGURU PERTAMA IALAH YM DATUK MAHAGURU BADANG MALAYSIA PADUKA AYAHANDA LEMAN KANAULLAH. BARISAN KEPIMPINAN INI TELAH DI SUSUN SEMULA BAGI MENGGANTIKAN KEPIMPINAN YANG LAMA. MANAKALA GELARAN GRAND MASTER TELAH DIBERIKAN OLEH WORLD JU-JITSU ALLIANCE OLEH MASTER LUCA NARDUCCI DARI ENGLAND. BELIAU JUGA MENERIMA ANUGERAH SANDANG KEHORMAT MAHKOTA PELANGI DARIPADA DATO' SERI PANGLIMA DR. MUHAMAD FAIRUS DARIPADA GAYONG NUSANTARA.YM DATOK MAHAGURU MUDA SERANTAU MALAYSIA AYAHANDA MOHD AZMIR TELAH DIANUGERAHKAN GELARAN DATOK MAHAGURU OLEH PENDEKAR NEGARA MALAYSIA YANG MEMBAWA GELARAN DATOK MAHAGURU. BELIAU BERSAMA BARISAN ANAK MURID TELAH BERJAYA MENGEMBANGKAN NAMA SENI SILAT INI DALAM MALAYSIA DAN DI BENUA EROPAH. BANYAK DUGAAN DAN UJIAN HARUS DILALUI DALAM MENGEMBANGKAN SENI MELAYU INI. SEHUBUNGAN ITU DAKWAH ISLAM TELAH MENJADI KEUTAMAAN DALAM PERJUANGAN BELIAU. ASAL USUL SENI SILAT GAYUNG GHAIB IALAH SENI SILAT SIDAYUNG GHAIB. DI MANA SEORANG GURU PERGI BERTAPA KE PULAU SEMBILAN DARI INDERA SAKTI DENGAN MENAIKI SAMPAN. OLEH KERANA SEMASA PENDAFTARAN PERTUBUHAN PENGGUNAAN PERKATAAN SI MEMBAWA MAKNA MATI DALAM BAHASA CINA MAKA DITUKARKAN KEPADA PERKATAAN GAYUNG ASAL PERKATAAN ORANG PERAK BERMAKNA SILAT.(Panglima Putih Sang Sakti)

MAKLUMAN :

Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia dan Negeri Perak telah aktif semula dibawah pimpinan YM Datuk Mahaguru Badang Malaysia Ayahanda Paduka Leman Kanaullah dengan No. Pendaftaran yang baru PPM-010-08-19082014/29111985


Selasa, 28 Ogos 2012

KETURUNAN DATO' SAGOR

Salam perguruan, gambar di atas merupakan adik beradik Datuk Mahaguru iaitu dari kiri Mohd Azman , Mohd Azraf , Mohd Azmir , Mohd Azrul dan Mohd Azfar. Dato' Sagor merupakan pembesar negeri Perak yang berkuasa di Kg. Gajah. Beliau adalah salah seorang yang hadir di upacara menandatangani Perjanjian Pangkor tahun 1674. Ekoran pembunuhan J.w.w Birch iaitu Residen Inggeris di negeri Perak. Beliau bersama Dato' Maharajalela menentang Inggeris bagi mengembalikan hak Melayu yang telah dicampur tangan oleh pihak Inggeris masa itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan